Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.
1. Syurga Firdaus
Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon
penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya
sebagai berikut:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yaitu) orang-orang
yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari
(perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang
menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali
terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka
sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari
yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan
janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah
orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga
Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)
2. Syurga ‘Adn
Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni
Syurga ‘Adn antara lain:
- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
“(yaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya
sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang
mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang
yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik
oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum,
masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu
kerjakan.” (An-Nahl:30-31)
- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi
sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang
memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (yaitu) Syurga Adn yang
mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu
adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).”
(Thaha:75-76)
- Orang yang banyak berbuat baik.
“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di
antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri
mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara
mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah.
Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga
Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan
dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka
di dalamnya adalah sutera.” (Fathir:32-33)
- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan
kebaikan.
“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya,
mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan
kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak
kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat
kesudahan (yang baik). (yaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya
bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya,
isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke
tempat-tempat mereka dari semua pintu.” (Ar Ra’d:22-23)
3. Syurga Na’im
Syurga Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon
penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal
soleh. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga
yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh,
bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman :8)
“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara
mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam
Syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Hajj:56)
4. Syurga Ma’wa
Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon
penghuninya adalah:
- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka
bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa
yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)
- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah SWT dan menahan diri dari
hawa nafsu buruk. “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran
Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka
sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).” (An-Nazi’at:40-41)
5. Syurga Darussalam
Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon
penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya,
mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta
mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT. Firman Allah SWT: “Bagi
mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah
Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka
kerjakan.” (Al-An’am:127)
6. Syurga Darul Muqamah
Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon
penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman
Allah SWT: “Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah
menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar
Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga)
dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula
merasa lesu “. (Fathir :34-35)
7. Syurga Al Maqaamul
Syurga Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari
emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman
(muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Firman
Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat
yang aman.” (Ad-Dukhan:51)
8. Syurga Khuldi
Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan
merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat
menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman
Allah SWT: “Katakanlah:” Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau
Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.”
(Al-Furqan:15)
No comments:
Post a Comment